Assalamualaikum. Hari ni hari Jumaat. Jumaat merupakan hari terakhir persekolahan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri lain jugak. Tapi aku tak pasti yang mana bercuti pada hari Jumaat. Pantai timur kot. Kot lah.
Antara sebab aku suka hari Jumaat:
1- Waktu persekolahan pendek. Kalau masuk pagi, balik dalam jam 12-1230 macam tu. Biasa balik jam 1-230. Haaa.. Bezakan? Haha
2- Kalau sekolah harian aku boleh lepak-lepak dekat sekolah. Paling heaven bila boleh lepak kedai Wendy's depan sekolah. Kedai kek tu lah. Minum ice blended sambil makan tart telur. Hihi
3- Kalau sekolah asrama, pelajar perempuan boleh masuk dorm lepas makan. Bila masuk dorm apa lagi, buat hal masing-masing. Kalau ada yang tunjuk rajin, maka pergilah mereka basuh baju. Kalau yang memang dasar pemalas yang hanya tunggu parents datang hari Sabtu Ahad lepas tu pass baju kotor kat parents, pasti diorang membuta. Alasan, lepaskan penat. Haha.
4- Ponteng usrah. Usrah ni untuk pelajar perempuan je. Sebab pelajar lelaki dah pergi solat Jumaat. (ni sekolah asrama) Masa PPI round asrama, buat-buat tidur. Bila ditegur, konon-konon bersiap nak pergi surau. PPI bla, aku sambung tidur. Apa ada hal.
5- Hari yang esoknya cuti sekolah. Boleh tidur puas-puas. Maklumlah, pelajar asrama memang suka tidur dalam kelas. Jadi, tukar lah rutin, tidur dalam dorm.
6- Lagi sekali, hari yang esoknya parenst datang. Masa ni cuma tunggu budak-budak bertugas panggil pakai heller (aku tak tau ejaan dia) yang parents kita datang melawat. Apa yang diharapkan masa ni? Tentulah makanan. Ya, stok makanan!
Cukup lah 6 sebab aku suka hari Jumaat masa sekolah. Korang ada? Kongsilah!
aku pown suke ! ak sokong pew yg ko ckp at ats tuh 99%. 1% ag ilang sbb ak tataw kdai wendy tuh,hahaha best kowt bile ingt balek....
ReplyDeleteHAHA.. masa tu sekolah harian. kita tak kenal lagi. hihi
ReplyDelete