Sunday, August 7, 2011

dia dan puasanya

Masa tu hujan. Lebat sampai tempias. Kuyup lah. Aku lepak di kafe. Sementara hujan reda. Tiba-tiba aku nampak ada yang tengah makan. Otakku berpusing, berfikir, "ini kan bulan puasa" kata hati, tapi kenapa dia makan dengan slumber? Pelik. Otakku berpusing arah bertentangan, berfikir, "oh, dia bukan muslim. muka je macam muslim" aku tersenyum. Aku blah. Meredah hujan yang agak reda menuju ke blok asrama.

"Selamat Berpuasa Kawan-kawan Muslim"

p/s- maaf, lambat. :)

Monday, July 18, 2011

khas buat buku contengku,

Mulai hari ini, aku mahu tukarkan nama buku ini.
Yang dulunya aku gelar buku conteng, dan kini aku gelar buku catatan.
Kerana baru aku sedar bahawa ia bukannya contengan, tetapi catatan.

p/s - aku atas benda lembut bernama tilam

Sunday, July 17, 2011

Bogel Menuju Tuhan - Zahiril Adzim


Bogel Menuju Tuhan - Zahiril Adzim
separuh daripada buku ini aku baca dengan badan berlengas,
dan separuh daripada buku ini aku baca dengan lontaran suara,
aku simpulkan kata-kata dan catatan-catatan didalam buku ini menjadi sesuatu yang bernilai iaitu makanan kepada aku yang berada diatas bumi ini.
InsyaAllah, ia petunjuk. - amira zainal

Friday, July 1, 2011

sebab kenapa aku suka hari Jumaat zaman sekolah dulu


Assalamualaikum. Hari ni hari Jumaat. Jumaat merupakan hari terakhir persekolahan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri lain jugak. Tapi aku tak pasti yang mana bercuti pada hari Jumaat. Pantai timur kot. Kot lah. 

Antara sebab aku suka hari Jumaat:

1- Waktu persekolahan pendek. Kalau masuk pagi, balik dalam jam 12-1230 macam tu. Biasa balik jam 1-230. Haaa.. Bezakan? Haha

2- Kalau sekolah harian aku boleh lepak-lepak dekat sekolah. Paling heaven bila boleh lepak kedai Wendy's depan sekolah. Kedai kek tu lah. Minum ice blended sambil makan tart telur. Hihi

3- Kalau sekolah asrama, pelajar perempuan boleh masuk dorm lepas makan. Bila masuk dorm apa lagi, buat hal masing-masing. Kalau ada yang tunjuk rajin, maka pergilah mereka basuh baju. Kalau yang memang dasar pemalas yang hanya tunggu parents datang hari Sabtu Ahad lepas tu pass baju kotor kat parents, pasti diorang membuta. Alasan, lepaskan penat. Haha.

4- Ponteng usrah. Usrah ni untuk pelajar perempuan je. Sebab pelajar lelaki dah pergi solat Jumaat. (ni sekolah asrama) Masa PPI round asrama, buat-buat tidur. Bila ditegur, konon-konon bersiap nak pergi surau. PPI bla, aku sambung tidur. Apa ada hal.

5- Hari yang esoknya cuti sekolah. Boleh tidur puas-puas. Maklumlah, pelajar asrama memang suka tidur dalam kelas. Jadi, tukar lah rutin, tidur dalam dorm.

6- Lagi sekali, hari yang esoknya parenst datang. Masa ni cuma tunggu budak-budak bertugas panggil pakai heller (aku tak tau ejaan dia) yang parents kita datang melawat. Apa yang diharapkan masa ni? Tentulah makanan. Ya, stok makanan!

Cukup lah 6 sebab aku suka hari Jumaat masa sekolah. Korang ada? Kongsilah!

Thursday, June 30, 2011

tolong lah pandai

Hai! Aku adalah seorang pemilik DSLR. Tapi aku bukan photographer. DSLR tren masa kini kan? Aku guna kemera ni tak lama, baru je. Adalah dalam 1 tahun setengah. Baru lagi. Kalau ikutkan macam masak nasi, kira aku ni macam beras yang tengah direbus. Belum pun jadi bubur. Erk. Aku rasa gambar semua tak menjadi lagi. Tak perfect. Aku pernah terbaca, seorang photographer profesional cakap " 10,000 gambar pertama yang anda rakam adalah gambar yang teruk"

Percaya tak percaya? Percaya je lah. Aku rasa gambar aku bukan setakat 10,000 yang pertama teruk, hodoh, bodoh. Tapi macam 100,000 pun tak tentu lagi. Jadi semalam aku buat sedikit kajian. Study sikit. Aku cari lah website atau blog yang membantu. Banyak. Kali ni aku pilih 1 blog. Aku lupa lah nama dia. Aku baca-baca dan baca. Untuk elakkan aku lupa, (maklum lah aku pelupa mungkin sebab banyak makan semut) , aku catat dalam buku conteng aku.

Perghh.. Buku conteng aku bukan macam orang lain. Buku conteng aku best. Haha. Aku akan main kemera aku malam-malam buta. Masa semua orang dah tidur. Nampaknya semua orang dah tidur, jadi minta diri dulu lah. Baby, here I come! Hihi.

p/s- rutin harian sekarang dah berubah. tidur jam3++ pagi. Erk


Thursday, June 23, 2011

marah itu perlu dibayar.

Hello. Assalamualaikum. Aku terfikir, kalau lah marah itu perlu dibayar. Jadi? Sebagai contoh, anda marahkan seseorang dan mahu memarahinya. Selepas anda memarahi dia, anda perlu bayar duit kepada mangsa. Mesti pelik bukan. Dan mungkin jarang ada orang yang akan marah. Kalaulah semuanya hendak berbayar......


Wednesday, June 22, 2011

kenapa kau suka mendada?

Assalamualaikum. hari ni aku mahu bercerita tenteng soalan. bukan soalan mungkar dan nakir ataupun soalan sejarah SPM. ini mengenai soalan seorang lelaki kepada seorang perempuan yang lebih dikenali sebagai wanita.

Ada satu malam, aku lepak dengan kawan-kawan aku, lalu seorang perempuan. aku rasa dia cun. boleh tahan. tiba-tiba salah seorang kawan lelaki aku bertanya, "kenapa perempuan suka mendada?", aku terdiam. mungkin terkesima dengan soalannya.

"Aku tengok kalau kat facebook pun gambar bukan main lagi mendada. nak kata cantik, tak. nak tayang? geli weh..", aku tertawa. cara penyampaian dia lucu. Langsung aku tidak terjawab soalannya. sekarang, aku tanya kau satu soalan, "Kenapa kau suka mendada?"


asap rokok, dan rokok

Rokok. Macam makanan ruji para perokok kan? Pagi tadi aku main lighter sambil duduk tepi tingkap, kaki kanan atas meja. Sedang aku main-main lighter, aku teringat dulu aku tergolong dalam golongan perokok. Tapi selamat, aku bukan perokok tegar!

Seingat aku, pertama kali aku menyedut asap nikotin pada umur 16 tahun. Aku merokok hanya suka-suka. Sekali sedut, aku terbatuk-batuk. Aku habiskan sebatang rokok, terus aku berhenti.

Dulu, zaman sekolah, zaman asrama, zaman senior,warden rampas sekotak rokok. Warden rampas baju-baju hitam. Ramai ibu bapa yang complain. Warden pulangkan . Aku merupakan mangsa yang bajunya dirampas. Masa sibuk aku mencari baju yang dirampas, tiba-tiba kawan aku ternampak sekotak rokok dan menyuruh aku mengambilnya. Aku ambil. Tiada siapa yang perasan. Malam itu, oh! mungkin pagi itu, kami lepak di tandas asrama. Lighter dan rokok ada dalam poket seluar. Hari ini, lagi sekali kami merokok. Lebih dekat lagi, aku merokok!

Bodoh rasanya. Sekarang, aku dah suci daripada rokok. Aku dah besar. Dah tahu berfikir. Tapi aku belum suci dari asap rokok. Perokok berada di mana-mana. Jadi, asap rokok masih ada walaupun aku sudah tidak merokok.


Friday, June 10, 2011

pecah juga empanganku

malam ini, oh. mungkin pagi ini aku rasa kan macam empangan mata ku mahu pecah. habis hancur sehinggakan tiada setitik air yang tinggal didalamnya. kenapa secara tiba-tiba? jawapan bukan pada aku. pada dia.


Thursday, June 9, 2011

cakap kosong

aku bukannya seorang penulis,
aku hanya mampu menulis diatas kertas ronyok yang dipanggil kertas kotor untuk tatapan masa nanti.

aku bukannya seorang penyanyi,
aku hanya mampu memekak dan melalak didalam tandas ketika membersihkan diri daripada kuman eColi yang terlekat pada tubuh badan.

aku bukannya seorang pelawak,
aku hanya mampu membuat kawan-kawan tertawa dengan lawak spontan yang aku sendiri rasakan bodoh.

aku bukannya seorang pelakon,
aku hanya mampu berlakon dan menipu diatas bumi bertuah ini demi kebaikan diri daripada terus dipijak.


Wednesday, January 12, 2011

arghhhh

tiba-tiba aku rasa hancur berkecai. T_T

Wednesday, January 5, 2011

rindu skolah (ii)

siapa yang tak rindu zaman sekolah? oh ya, kau memang pelik. dulu, aku nakal. sekolah tu macam taman permainan. seronok nak berkumpul ramai-ramai je. bila waktu prep, jadi waktu gosip-gosip. jadi waktu makan-makan. masa prep malam 1 1/2 jam dah jadi 1/2 jam je untuk belajar. prep petang pula kira masa untuk melepak-lepak selepas penat belajar waktu persekolahan tadi. HAHA. masa perhimpunan pula, suka duduk tengah-tengah. masa ni semua kelas dah bercampur-campur. yela kan. duduk pun ikut geng. masa cikgu bercakap kat depan, aktiviti paling best adalah tidur! aku memang suka tidur. teringat aku masa form 4. cikgu mengajar kat depan, aku slumber tidur kat belakang. masa tu memang tak fikir apa. ikutkan sangat ngantuk tu. maklum lah, penat duduk asrama (alasan). tapi masa form 5, aku dah kawan-kawan aku semua berazam tak nak tidur lagi dalam kelas. tidaklah tercapai dengan jayanya sebab ada lah juga kelas yang aku bantai tidur. tapi kalau nak dikira dengan dengan jari sangat lah boleh. berbanding dengan form 4, guna jari tangan dan kaki pun belum tentu boleh kira.

sekolah aku membenarkan pelajar asrama balik 2 minggu sekali sahaja. jadi, dalam sebulan tu dapatlah kitorang balik rumah dalam 2 kali. itu pun ada juga nasib yang duduk asrama sampai 3 minggu. balik asrama dari rumah mesti lah hari ahad kan. masa tu, riuh rendah. padahal tak jumpa pun lebih kurang 2 hari je kan. waktu rollcall, waktu disurau dan waktu yang paling best adalah waktu prep malam. masa tu semua kitorang luangkan dengan bersembang. nampak kan bertapa membazirnya masa? (bajet)

masa bulan puasa pun tak ketinggalan seronoknya. sahur aku dengar makan memang sedap-sedap. tapi sepanjang 2 tahun duduk asrama, memang boleh kira sangat lah berapa kali aku ke dining untuk sahur. buka puasa paling seronok! berbuka ramai-ramai dekat dining. berjemaah semua. walaupun agak sempit sikit. tapi makanan sedap. (yeke?) PPI pulak memang buat aktiviti mencari untung masa tu (hehe). diorang buka gerai ala-ala bazaar ramadhan. air, roti john, keropok lekor dan macam-macam makanan lah.

haa,, semuanya best, yang tak best nya masa dah nak dekat SPM. semua belajar macam gila. jeles betul aku. masa tu lah nak stay up sampai pagi-pagi buta. agaknya sampai pukul 2 pagi kot. (pagi buta ke tu?) haha. masing-masing buat kerja sendiri kat kelas. takda dah nak nampak siapa-siapa buat air liur basi dalam kelas. haha. bila SPM dah habis, lagi lah bertambah seronok. seronok sekejap je. lepas tu dah rasa bosan duduk rumah. kan aku cakap, sekolah tu best. aku rindu sekolah T_T

*aku bercakap macam aku ni budak yang baru habis SPM. baru beberapa minggu habis sekolah. HAHA






Tuesday, January 4, 2011

rindu sekolah (i)

dah 2 hari sekolah kan? tapi aku dah habis zaman persekolahan. tadi hantar jemput adik sekolah, tengok budak-budak sekolah. rindu. baru aku sedar zaman sekolah lah zaman yang paling seronok. masa dulu-dulu, tak fikir pun. rasa macam nak cepat-cepat je habis sekolah. kononnya nak cepat masuk universiti. nak cepat masuk kolej. nak rasa dunia luar. nak bebas. kalau sekolah asrama, cakap macam penjara. tak boleh keluar sana sini. banyak peraturan. tersekat lah kata kan. masa tu fikir nak masuk universiti kolej semua sebab boleh bebas. masa ni, boleh keluar asrama sesuka hati. tak perlu lah terperap dalam asrama kan. masa ni jugak dah tak perlu nak makan ikut masa. tak perlu solat jemaah berasak-asak dekat surau. tak payah datang kelas prep pun takpa. tak payah dengar jeritan lightoff malam-malam. kalau aku nak list dekat sini, memang banyak. tak tidur dua hari dua malam kalau macam tu. (yeke?) biasalah, dunia universiti lain sangat dengan sekolah.

............................