Hai! Aku adalah seorang pemilik DSLR. Tapi aku bukan photographer. DSLR tren masa kini kan? Aku guna kemera ni tak lama, baru je. Adalah dalam 1 tahun setengah. Baru lagi. Kalau ikutkan macam masak nasi, kira aku ni macam beras yang tengah direbus. Belum pun jadi bubur. Erk. Aku rasa gambar semua tak menjadi lagi. Tak perfect. Aku pernah terbaca, seorang photographer profesional cakap " 10,000 gambar pertama yang anda rakam adalah gambar yang teruk"
Percaya tak percaya? Percaya je lah. Aku rasa gambar aku bukan setakat 10,000 yang pertama teruk, hodoh, bodoh. Tapi macam 100,000 pun tak tentu lagi. Jadi semalam aku buat sedikit kajian. Study sikit. Aku cari lah website atau blog yang membantu. Banyak. Kali ni aku pilih 1 blog. Aku lupa lah nama dia. Aku baca-baca dan baca. Untuk elakkan aku lupa, (maklum lah aku pelupa mungkin sebab banyak makan semut) , aku catat dalam buku conteng aku.
Perghh.. Buku conteng aku bukan macam orang lain. Buku conteng aku best. Haha. Aku akan main kemera aku malam-malam buta. Masa semua orang dah tidur. Nampaknya semua orang dah tidur, jadi minta diri dulu lah. Baby, here I come! Hihi.
p/s- rutin harian sekarang dah berubah. tidur jam3++ pagi. Erk